Saturday, September 25, 2010

JIKA KITA MEMEGANG KUASA...!!!

JIKA KITA MEMEGANG KUASA, agama Islam akan dijadikan setaraf dengan agama-agama lain. Masa kini pun sahabat-sahabat Melayu Islam kita telah membenarkan kita masuk ke masjid-masjid untuk tazkirah dan ceramah politik; mereka membenarkan kita mengguna surah-surah AlQuran di dalam ucapan politik kita; mereka membenarkan kita guna kalimah Allah dalam teks agama kita; mungkin mereka telah sesat atau hilang pedoman, tetapi kita mesti mengambil kesempatan ini untuk meracuni pemikiran generasi muda mereka supaya tersesat aqidah dan menganuti budaya dan cara progresif kita.

JIKA KITA MEMEGANG KUASA, kita akan tukar Perlembagaan Malaysia. Tidak akan ada lagi keistimewaan untuk Melayu dan Bumiputra; Bahasa Inggeris akan menjadi Bahasa Kebangsaan dan semua kaum akan dibenar mendirikan sekolah dan universiti mengguna bahasa masing-masing; Malaysia akan dimaktub di dalam Perlembagaan sebagai Negara sekular dan tidak ada lagi pihak-pihak yang boleh mengakui Malaysia sebagai Negara Islam. Dengan sokongan sahabat-sahabat juga kita akan tukar Perlembagaan Negeri supaya kita juga boleh menjadi Menteri Besar Negeri. Sebenarnya, kami sudah pun siap sedia dengan Perlembagaan Baru.

JIKA KITA MEMEGANG KUASA, kita akan menjadi kaum dominan dan menguasai semuanya di Bandar-bandar besar. Jika dulu kita hanya melaungkan supaya Melayu balik kampong tanam ubi, nanti kita benar-benar akan mampu mengatur supaya orang Melayu akan berhijrah semula ke kampong dan pendalaman di tempat mereka sepatutnya berada. Jika sekarang kita hanya menguasai 70% ekonomi Negara, nanti kita akan dapat semula kemewahan kita yang hilang sehingga 90% semula. Kita tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dalam apa jua perkara.

Jika Kita Memegang Kuasa. Sudah pastilah Melayu Malaysia akan senasib dengan Melayu Singapura
JIKA KITA MEMEGANG KUASA, kita tidak hairan lagi dengan orang Melayu yang cuba menjadikan kita sebagai kuda tunggangan mereka untuk merebut kuasa. Sahabat semua boleh melihat sekarang pun bagaimana kita berjaya menjadikan boneka kita di banyak negeri dan dalam pelbagai keadaan. Mungkin orang Melayu yang menjadi Menteri Besar, tetapi kita yang memacunya. Lihat bagaimana kita mendapat untung daripada perniagaan pasir sebagai bokti. Jadi, marilah bersama kami menuju ke kegemilangan; jangan takut jangan segan untuk memberi sokongan. Mereka pun sudah takut untuk gunakan ISA; lihat Namawee, masih selamat dia.

DENGAN KUASA KAMI PEGANG DI BEBERAPA NEGERI, kami telah boktikan apa yang boleh kami lakukan. Ingatkah bila kami robohkan warong-warong orang-orang Melayu? Ingatkah bila kami larang perarakan MaulidurRasul? Ingatkah bila kami cabar keputusan Sultan Melayu di Mahkamah? Ingatkah bila pemimpin kita telah masuk ke dalam masjid? Ingatkah bila kami cabar keistimewaan orang Melayu? Dan banyak lagi? Cuba bayangkan apa yang kami boleh buat jika Putrajaya sudah kami kuasai?  Kami merayu kepada semua ahli kaum, marilah bersatu bersama kami; kalau Melayu dan Islam pun sudah menyokong kita, inilah peluang keemasan untuk kita rampas Putrajaya dan menikmati kemewahan yang telah dinafikan kepada sekian lama. Berpura-puralah menyokong parti asalmu, tetapi pilihlah kami bila sampai masanya nanti. Sesungguhnya, kami tidak perlu sokongan pihak kain jika semua sahabat-sahabat kita bersatu bersama kami.

Tuesday, August 31, 2010

Masihkah Kau Ingat

Peninggalan sejarah seperti ini sepatutnya dijiwai oleh generai muda agar tidak mudah lupa sejarah asal usul.
Wahai Melayu! Masihkah kau ingat semasa dulu, dalam era kegemilangan Melayu, dari zaman Empayar Vijaya ke Majapahit hingga kepada Kesultanan Melaka?

Tamadun Melayu sudah wujud ribuan tahun sebelum datangnya kaum-kaum lain ke Tanah Melayu dan juga di daerah lain di rantau ini yang telah lama dikenali sebagai Nusantara Melayu, atau “The Malay Archipelago”.

Tamadun Melayu telah terbilang ke seluruh dunia hinggakan ramai pedagang-pedagang negara-negara Arab, Asia Tengah, India dan China telah sampai ke Nusantara Melayu ini.

Laksamana Cheng Ho yang mengepalai armada beribu kapal telah singgah berdagang dan membawa seorang puteri Cina sebagai hadiah kepada Sultan Melaka.

Tetapi sayang! Akibat angkara seorang pembelot dan pengkhianat bangsa, maka kegemilangan Melayu hilang sekelip mata dan Melayu mulai menjalani hidup sebagai hamba di Tanah Air sendiri selama ratusan tahun dibawah penjajah Portugis, Belanda dan akhirnya British.

Cuba bayangkan, 500 tahun hidup merempat di Tanah Air sendiri! Nasib baik ada Tunku dan Tun Razak, maka Melayu merdeka kembali walaupun terpaksa memberi banyak konsesi kepada kaum Cina dan India.

Cuba fikir, jika Melayu 'dijajah' lagi sekali, tak mungkin Melayu akan merdeka lagi walaupun seribu tahun lagi.

MASIHKAH KAU INGAT ketika gerombolan Cina Bintang Tiga yang cuba merampas Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua?

Mereka yang bersenjata api bekalan British telah berkuasa seketika dan dengan kejam dan zalimnya telah membunuh orang-orang Melayu; ada yang terburai perut dikerjakan anggota Bintang Tiga.

Begitulah lagak ekstrimis Cina jika merasakan mereka ada lebih kekuatan, langsung bertindak menunjukkan belang.

Alhamdulillah, Melayu dengan hanya berbekalkan parang panjang dan semangat nasionalis dapat melawan sehingga Bintang Tiga lari ke hutan menjadi gerila Pengganas Komunis pula.

Cuba bayangkan apa terjadi kepada Melayu jika Bintang Tiga berjaya merampas kuasa pemerintahan Tanah Melayu ketika itu.

MASIHKAH KAU INGAT sepanjang 40 tahun berikutnya Melayu dikejami pula oleh Pengganas Komunis di bawah pimpinan Chin Peng. Orang-orang Melayu di pendalaman telah dizalimi, dan kemajuan-kemajuan di seluruh Negara menjadi haru-biru dibuatnya.

Apakah akan berlaku lagi Melayu khianati Melayu? Ingatlah!

Akhirnya, kita berjaya dan mereka menyerah dan meletak senjata, tetapi berapa ramai anggota keselamatan kita telah gugur dan ramai lagi yang cacat buta, hilang kaki dan tangan. Ramai keluarga-keluarga yang menderita.

Jangan pula lupa, sepanjang Emergency itu kita boleh tidor nyenyak setiap malam oleh kerana askar-askar kita sedang bertarung nyawa di hutan belantara.

MASIHKAH KAU INGAT ketika Pengganas Komunis dikekang di dalam hutan oleh anggota keselamatan, ramai dalang-dalang mereka telah memasuki arena politik di bandar-bandar.

Apabila mereka pertama mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya 1969, mereka sekali lagi merasa diri mereka sudah kuat dan menjadi angkuh. Mereka berarak di tengah-tengah Kuala Lumpur memekik pelbagai penghinaan kepada orang Melayu, dan melaung-laung 'Melayu balik kampung tanam ubi'.

Dalam suasana provokasi demikian, meletuslah 'Peristewa 13 Mei'. Maka banyaklah mayat-mayat bergelimpangan di Kuala Lumpur. Ketika itu, pasukan keselamatan telah mainkan peranan besar mengawal dan dengan cepat memulihkan keadaan.

Kemudian Pemimpin Melayu Tun Ab Razak muncul sebagai wira untuk memulihkan Negara dan membentuk asas-asas pembangunan yang kita kecapi sekarang. Semoga dijauhkan bala seperti Peristiwa ini daripada berulang.

TENTU SEMUA MASIH INGAT bila Pembangkang menang besar dalam pilihanraya 2008, khususnya DAP. Mereka dapat tubuh kerajaan di 4 buah negeri dan seperti dulu juga, mereka sudah berani dan angkuh.

Mereka mempertikaikan dan mahu ketepikan kontrak sosial antara kaum yang dibuat oleh moyang mereka. Dengan lantang mereka menghina dan mempertikaikan institusi dan hak Raja-Raja Melayu, mereka mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu, mereka mempertikaikan kedudukan khas agama Islam sebagai agama Negara, mereka mempertikaikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mereka mempertikaikan sistem pendidikan Negara dan mahu pangajian dalam bahasa ibunda masing-masing ke peringkat tertinggi.

Pendek kata, mereka mereka mempertikaikan segalanya yang berkaitan dengan Melayu. Mereka mahu hapuskan kewujudan 'Melayu' itu dari tanah melayu sendiri, dan ini boleh berlaku dalam masa hayat kita, dalam masa terdekat ini.

Mereka begitu yakin akan dapat menguasai Putrajaya dalam pilihanraya akan datang hinggakan Perlembagaan Baru sudah pun disiapkan. Kita sama-samalah bayangkan rupabentuk Perlembagaan Baru ini, tetapi yakinlah bahawa ia adalah titik mulanya Melayu lesap di Tanah Air sendiri.

Melayu janganlah bermegah dengan kata-kata Hang Tuah 'Tak kan hilang Melayu di dunia' kerana Hang Tuah tidak pernah pun berkata demikian kecuali di dalam filem-filem Melayu sahaja.

Memang diakui ada segelintir antara mereka yang akur akan konsep kepelbagaian kaum berteraskan ketuanan Melayu; tetapi lebih ramai lagi Melayu-Melayu yang menjadi petualang dan pengkhianat Bangsa dan Agama semata-mata mengejar ganjaran duniawi.

Kita tidak lagi boleh menafi kemungkinan sejarah akan berulang seperti terjadi kepada Kesultanan Melaka. Semoga Allah juahi tragedi ini daripada berlaku ke atas Bangsa Melayu yang kuat menegakkan Agama suciNya.